Search This Blog

Monday, 6 March 2017

Kek Barbie & Frozen

Assalamualaikum .... Hari Sha nak kongsikan dengan anda semua kek-kek patung yang pernah kak sha buat untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kak sha.... Mula2 dulu sha tak pernah terfikir pun boleh buat kek-kek patung ni... Tapi bila tgk ramai yang viralkan kek-kek mcm tu.. so ada keinginan untuk mencuba. Jadinya Sha pun sarch lah kat youtube.. Rupanya banyak kaedah-kaedah yang digunakan untuk buat kek patung.. Ada yang guna fondant, buttercream, creamcheese dan sebagainya. Dari situ lah Sha belajar untuk membentuk skirt, pakaikan baju doll tu.. Mula2 rasa mcm susah jugak lah sebab tak pernah cuba kan.. Lagipun nak mencantum kek2 tu pun satu hal jugak lah kan.. Tapi akhirnya berjaya jugak Sha buat kek  tu...

Boleh tengok contoh-contoh dibawah design kek patung dar Sha... Ni gambar mula2 belajar buat kek ni dulu... Nampak belum kemas lagi. Jadinya berdasarkan gambar ini lah Sha belajar kekemasan semasa menghias kek.

RED VELVET CAKE WITH CREAMCHEESE
RM 70
Kek ini request by Housemate.. Untuk hari lahir anak sedara dia... Kat dalam red velvet dan creamcheese...Tema pink purple dan nak patungnya bertudung.. Yang tu yg complicated sikit sebab Kak sha nak kena pendekkan dulu rambut patung tu yang kebanyakkan didatangkan dengan rambut panjang. Ia adalah untuk memudahkan sha pakaikan anak tudung dan tudung untuk patung tu. Untuk bahagian gown bawah sha guna buttercream...

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
RM 70
Kenangan untuk buat kek ni mmg sweet sgt.. Order by my customer yang last minute bgtau nak order kek sebab Mak dia dah jemput orang untuk buat kenduri sempenan Hari Lahir cucunya iaitu anak kepada customer ni... Mula2 sha dah x nak ambik takut tak sempat sebab pada masa yang sama sha ada kek lain yang perlu disiapkan... Nak dijadikan cerita selepas sha cakap sha x leh nak fullfill this order,... tetiba ada sorang customer yang dah booking untuk ambik kek pada date yang sama nak cancel sebab ada emergency... Sha terus whatapps customer yang sha dah reject td tu.. bgtau dia yang sha boleh buatkan kek untuk dia sebab ada kosong lagi kan... Dia punya seronok hanya tuhan saja yang tahu... Esoknya tu pagi-pagi sha otw pegi keja... COD kek kat dia dulu ... masa tgk kek tu dia punya happy...Seronok dapat customer mcm tu... hihi... Jom tgk feedback drp customer ni...

Chocolate indulgence cake (elsa theme)
SAIZ 9"
RM 83

Feedback customer

No comments: