Assalamualaikum wbt..
Disebabkan kesibukkan menguruskan majlis perkahwinan anak sedara Sha di Bachok, Kelantan.. tak sempat Sha nak update blog ni... Hari ni dah masuk pejabat semula tp mood masih dalam cuti ni..hahahaha... Anyway Sha nak kongsi dengan anda semua gambar-gambar wedding anak sedara Sha dan kek yang Sha buatkan untuk majlis tersebut... Jauh kek tu travel.. buat di kedah dan bawak ke kelantan .. Alhamdulillah kek tu sampai dalam keadaan selamat.... Risau jugak cair di tengah jalan....
Inilah gambar-gambar yang Sha dapat kongsikan dengan anda sepanjang majlis tersebut berlangsung....
 |
Inilah anak sedara Sha yang kahwin hari tu... Sempat kami berselfie masa tunggu kakak dia pergi fotostat ic |
 |
ni kek yang Sha buat untuk majlis tersebut.. Chocolate moist 2 tier |
 |
Yang ni yang bahagian bottom |
 |
Ni semasa majlis bertandang |
 |
Ini gambar semasa majlis sebelah kami.... |
 |
Ni gambar kenangan Sha bersama adik dan kakak... Sama kan muka kami...hahahaha |
 |
Usai akad nikah dan majlis penyerahan mas kahwin |
Dalam kesibukkan majlis tu sampaikan Sha pun tak sempat nak bergambar dengan pasangan pengantin... Tapi nasib baiklah ada jugak gambar walaupun tak banyak... Apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Untuk pasangan pengantin Tasneem & Shakirin, Acu doakan anda berdua kekal bahagia hingga ke jannah.... Selamat melayari alam rumah tangga....
No comments:
Post a Comment