Search This Blog

Thursday, 2 March 2017

Sha's Sugarcraft

Assalamualaikum W.b.t

Salam perkenalan daripada Kak Sha's untuk semua pembaca. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah S.W.T. Ni first time Sha's cuba untuk create blog sendiri.. Suka2.. Dah lama tak menulis tetiba datang mood untuk menulis... Actually  Sha's ni menjual kek homemade.. Tp order kek ini just akak ambil jika ada kelapangan sebabnya  sha's ni masih bekerja dengan orang.. Tp disebabkan minat yang mendalam di dalam bidang bakery & Confectionery ni so  Sha's cuba untuk berjinak2 menjalankan perniagaan atas talian. Alhamdulillah tak sangka pulak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan kak sha's.. Terharu sangat rasanya... Hihihi...

Bidang ini bukanlah satu bidang yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan ketelitian dan daya kreatif yang tinggi untuk mendekorasi kek-kek supaya dapat memuaskan hati pelanggan. Namun disebabkan minat dan sokongan daripada My BFF Ciksu dan keluarga maka semangat untuk meneruskan usaha ini akhirnya membuahkan hasil... Thank Sayang... Kata-kata semangat daripada mereka menyebabkan  Sha rasa perniagaan ini perlu diteruskan.

 Sha cuba untuk mempelbagaikan produk kak sha yang dahulunya hanya sekadar untuk suka2. Bagi kawan-kawan rasa, kawan2 kakak  sha rasa... Dioarang cakap sedap dan mereka nak buat tempahan... jadinya  sha pun ambik lah tempahan tu... Lepas upload kat FB ada jugak kawan  sha sendiri yang support business ini.. Kini genap 1 tahun  sha register business di SSM dan Alhamdulillah memang sangat2 berbaloi..

Untuk pengetahuan semua,  sha merupakan bekas pelajar Diploma pengurusan hotel dan katering daripada Politeknik Merlimau dan kemudian melanjutkan pelajaran di UUM dalam bidang Pengurusan Hospitaliti. Mungkin disebabkan ambil course yang related dengan bakery so ia merupakan titik tolak untuk  Sha mula minat untuk ada perniagaan sendiri.

Untuk next entry,  sha akan share dengan anda semua gambar-gambar kenangan semasa  Sha mula minat untuk meceburi bidang bakery & confectionery ini...


Bye....

2 comments:

QasehnyaRania said...

Hye 😘
Gambar kek please
Good luck dear

Unknown said...

Tq dear....