Hari ni rasa nak ketawa pun ada.. sedih pun ada.. tak sampai hati pun ada.. risau pun ada... tp alhamdulillah rezeki Allah itu jika sudah dijanjikan untuk kita ia tak kemana-mana... Sha nak cerita pagi tadi mintak tolong My hubby COD kan kek Mango kat umah customer. Sha panggil customer ni Kak Rina.... Kebetulan pulak customer ni customer tetap yang selalu beli kek dengan Sha. Kiranya tiap kali birthday anak dia mesti dia suruh sha buatkan kek.. Memang best dapat customer mcm ni..
Nak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi my mum dah kejutkan menantu kesayangan dia untuk hantar kek. Dia ingat my hubby terlajak tidur. Dia tak tau pun yang kek tu i dah pesan boleh ja delivery pukul berapa pun. So my hubby pun bangun.. siap-siap nak pegi COD kek. Kebetulan Sha dah ada di pejabat. My hubby pulak offday hari ni. Offday kami memamg tak sama.. Sha off sabtu dan dia off ahad. Malang kan kami... hahahaha... Duduk satu rumah pun malam je lah time kami berjumpa. Tu pun Sha sibuk jerk dengan tempahan. Nasib baik dapat suami yang sangat memahami... Walaupun dia tau Sha sibuk tp dia tetap curi masa untuk tolong kalau ada masa.
Ok, continue dengan story my hubby nak pegi hantar kek tu, tetiba dia tel sha.. dengan suara yang sedih,... dia bagitau kek yang dia nak hantar tu dah sengit benget sebabnya dia terpelecok semasa nak bawa kek tu masuk kereta. Kesian dia.. dengan suara yang cemas... dia tanya mcm mana nak buat kan... Tapi nasib baik lah customer ni dah selalu order dengan sha.. Sha pun tel lah Kak Rina tu nak bagitau pasal kek dia... Sha suruh husband whatapps gambar kek yang jatuh tu.. So Sha pun forward lah kat Kak Rina tu... Kak Rina nak ambik juga kek tu tapi Sha tak nak ambik duit, so dia kata kalau Sha tak nak ambik duit dia tak nak ambik kek tu.. tp Sha bagitau dia yang Sha akan gantikan kek tu dengan kek yang baru... Sha mintak maaf kat dia sebab dah buatkan dia tertunggu-tunggu dengan kek tu.... Alhamdulillah.. Kak Rina ni seorang yang sempoi, dia kata tak apa nak buat mcm mana.. masih belum rezeki.. so selasa baru Sha COD semula kek kat dia...
Alamatnya kek tu jadi santapan my big Bro...sebab my hubby tak suka kek, my big bro pulak dah lama request nak makan kek mango tu.. jadinya memang rezeki dia lah... Itulah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
To my hubby, saya tak marah pun masa awak telefon bagitau pasal kek tadi.. Sebenarnya saya lebih rasa bersalah.. tapi tak tau kenapa.. maybe awak takut saya marah awak... dengar suara awak yang cemas masa tel tadi buat saya rasa nak menangis.. bukan sebab kek tu rosak tapi suara awak yang rasa bersalah tu buatkan saya jadi sedih.. maafkan saya ye....
Ni Sha kongsikan gambar mango cake yang rosak tu.. hahahaha... semoga menjadi ingatan kepada kita semua.. Kalau dah dijanjikan itu rezeki kita, ia tak kan kemana....
Ini kek yang jatuh tadi.... |
No comments:
Post a Comment