Search This Blog

Monday, 20 November 2017

GAMBAR KEK TERBARU

Asslamualaikum....

Dah bersarang dah blog ni... dah lama tak buka dek disebabkan kesibukan kerja hakiki dan kerja partime  sebagai home baker.... Thanks Qasehnya Rania bagi support kat I untuk teruskan perniagaan ini walaupun kadang-kadang rasa give up disebabkan kesibukan dan kekangan masa...

Alhamdulillah juga kerana semakin hari perniagaan ini semakin mendapat sambutan daripada pelanggan dek kerana bantuan blog Qasehnya Rania... Ingatkan blog ni dah kena tutup tapi rupanya masih ada.. Lega rasanya...

Malam ni baru ada peluang nak buka blog ni.. Siang td dari pagi buat kek sampai ke proses penghantaran ke vendor... Penat tapi seronok sangat...

Hari ini Sha nak kongsikan kek-kek terbaru yang sha hasilkan mengikut permintaan pelanggan-pelanggan tersayang... Mana tau anda juga teringin nak merasai keenakkan kek-kek dari Sha's Sugarcraft.


VANILLA CAKE TEMA FROZEN
MINIPACK ASSORTED CAKE

RED VELVET CAKE

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE

KEK HANTARAN (HOKAIDO CUPCAKES)

RUSSIAN BLACK & WHITE (TEMA BOBOIBOY)

PAVLOVA

RUSSIAN BLACK & WHITE

DOORGIFT (ORANGE CAKE)

CHOCOLATE MOIST CAKE (FRESH FLOWER)

Thursday, 23 March 2017

MAJLIS PERKAHWINAN TASNEEM & SHAKIRIN (19 MAC 2017)

Assalamualaikum wbt..

Disebabkan kesibukkan menguruskan majlis perkahwinan anak sedara Sha di Bachok, Kelantan.. tak sempat Sha nak update blog ni... Hari ni dah masuk pejabat semula tp mood masih dalam cuti ni..hahahaha... Anyway Sha nak kongsi dengan anda semua gambar-gambar wedding anak sedara Sha dan kek yang Sha buatkan untuk majlis tersebut... Jauh kek tu travel.. buat di kedah dan bawak ke kelantan .. Alhamdulillah kek tu sampai dalam keadaan selamat.... Risau jugak cair di tengah jalan....


Inilah gambar-gambar yang Sha dapat kongsikan dengan anda sepanjang majlis tersebut berlangsung....
Inilah anak sedara Sha yang kahwin hari tu... Sempat kami berselfie masa tunggu kakak dia pergi fotostat ic

ni kek yang Sha buat untuk majlis tersebut.. Chocolate moist 2 tier

Yang ni yang bahagian bottom

Ni semasa majlis bertandang

Ini gambar semasa majlis sebelah kami....

Ni gambar kenangan Sha bersama adik dan kakak... Sama kan muka kami...hahahaha

Usai akad nikah dan majlis penyerahan mas kahwin

Dalam kesibukkan majlis tu sampaikan Sha pun tak sempat nak bergambar dengan pasangan pengantin... Tapi nasib baiklah ada jugak gambar walaupun tak banyak... Apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Untuk pasangan pengantin Tasneem & Shakirin, Acu doakan anda berdua kekal bahagia hingga ke jannah.... Selamat melayari alam rumah tangga.... 

Wednesday, 15 March 2017

15 MAC 2017- CAKE COLLECTION

Assalamualaikum semua...


Hari ini Sha nak kongsikan kek-kek yang Sha dah siapkan semalam... Tak sempat nak update semalam so hari ini baru berkesempatan... Semalam hari yang sangat sibuk sebabnya dengan nak delivery kek, dengan nak siapkan kek yang suruh runner tolong hantarkan.,, nak siapkan last minute punya order lah... tak ambik mcm kesian... sebab dia cakap dia tak tahu nak cari kat mana kek yang boleh buat deco yang mcm dia nak... Nak beli kat kedai mahal sgt.. saiz 6" pun dah RM 60, biasalah kedai kek diaorang nak kena bayar overhead cost.. so nak tak nak memang kena jual dengan harga yang mcm tu lah kan.... Dan alhamdulillah itu semua rezeki untuk Sha.. Bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan kepada kita...

Ok, sekarang Sha akan kongsikan gambar kek sha, flavour, saiz dan harganya sekali.. Mana tau ada yang berminat untuk buat design yang sama mcm yang Sha dah buat untuk customer kesayangan Sha ni kan...


Russian Black & White Cake
Saiz 9 "
RM 65 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Chocolate moist cake
Saiz 9 "
RM 60 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Russian Black & White cake
Saiz 9 "
RM 90 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Sunday, 12 March 2017

Mango Cake

Hai....

  


Assalamualaikum..Bosannya hari ni sebabnya pejabat  sunyi jerk..... Ramai yang tak datang.. semua pakat bercuti.. Yelah dah lama tak spent time dengan family. Inilah masanya kan... Kalau tunggu cuti sekolah alamatnya memang tak pegi mana-mana lah... Bukan apa, dengan kesibukan orang ramai, jalan sesak.. itu bukan nak pergi release stress tapi sebenarnya menambahkan stress.. betul tak? so kalau nak pergi mana-mana, Sha lebih prefer pergi masa orang lain tak bercuti.. Sekurang2nya kita dapat menghayati percutian itu dengan aman dan tenteram tanpa stress sebab jalan on the way nak pergi tempat bercuti tu pun clear jerk kan..


Oklah, hari ni Sha nak kongsikan gambar-gambar kek mango yang Sha buat. Maklumlah cuti sekolah dah makin hampir.. mana lah tau ada lagi yang masih tercari-cari lagi menu untuk makan beradab ke, hantaran ke.. So just boleh pm Sha akan respon secepatnya.. Insyaallah Sha akan buat sebaik mungkin untuk majlis anda. Sebenarnya Sha tak sangka pulak kek ni mendapat sambutan yang hangat... hihi.. Asalnya Sha buat kek ni untuk bagi hadiah kepada pemandu di pejabat. Kebetulan hari jadi dia... So Sha berpeluang la nak cuba buat kek ni... Alhamdulillah tak sangka diaorang teruja pulak tengok kek mangga ni masa Sha post kat fb. Harganya pun sangatlah berpatutan... 


Anda boleh tengok gambar kek dan harga seperti di bawah.... 
MANGO CAKE
RM 50
SAIZ 9"


RM 50
SAIZ 9"
KEK NI CUSTOMER JUST NAK KRIM DI ATAS SHJ...
Inilah kek yang Sha buatkan untuk pemandu tu... Actually request daripada partner dia... So Sha buatkan lah untuk dia... 
   

Saturday, 11 March 2017

Tragedi Semasa Delivery Cake...

Assalamualaikum W. B.T


Hari ni rasa nak ketawa pun ada.. sedih pun ada.. tak sampai hati pun ada.. risau pun ada... tp alhamdulillah rezeki Allah itu jika sudah dijanjikan untuk kita ia tak kemana-mana... Sha nak cerita pagi tadi mintak tolong My hubby COD kan kek Mango kat umah customer. Sha panggil customer ni Kak Rina.... Kebetulan pulak customer ni customer tetap yang selalu beli kek dengan Sha. Kiranya tiap kali birthday anak dia mesti dia suruh sha buatkan kek.. Memang best dapat customer mcm ni..


Nak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi my mum dah kejutkan menantu kesayangan dia untuk hantar kek. Dia ingat my hubby terlajak tidur. Dia tak tau pun yang kek tu i dah pesan boleh ja delivery pukul berapa pun. So my hubby pun bangun.. siap-siap nak pegi COD kek. Kebetulan Sha dah ada di pejabat. My hubby pulak offday hari ni. Offday kami memamg tak sama.. Sha off sabtu dan dia off ahad. Malang kan kami... hahahaha... Duduk satu rumah pun malam je lah time kami berjumpa. Tu pun Sha sibuk jerk dengan tempahan. Nasib baik dapat suami yang sangat memahami... Walaupun dia tau Sha sibuk tp dia tetap curi masa untuk tolong kalau ada masa.

Ok, continue dengan story my hubby nak pegi hantar kek tu, tetiba dia tel sha.. dengan suara yang sedih,... dia bagitau kek yang dia nak hantar tu dah sengit benget sebabnya dia terpelecok semasa nak bawa kek tu masuk kereta. Kesian dia.. dengan suara yang cemas... dia tanya mcm mana nak buat kan... Tapi nasib baik lah customer ni dah selalu order dengan sha.. Sha pun tel lah Kak Rina tu nak bagitau pasal kek dia... Sha suruh husband whatapps gambar kek yang jatuh tu.. So Sha pun forward lah kat Kak Rina tu... Kak Rina nak ambik juga kek tu tapi Sha tak nak ambik duit, so dia kata kalau Sha tak nak ambik duit dia tak nak ambik kek tu.. tp Sha bagitau dia yang Sha akan gantikan kek tu dengan kek yang baru... Sha mintak maaf kat dia sebab dah buatkan dia tertunggu-tunggu dengan kek tu.... Alhamdulillah.. Kak Rina ni seorang yang sempoi, dia kata tak apa nak buat mcm mana.. masih belum rezeki.. so selasa baru Sha COD semula kek kat dia...

Alamatnya kek tu jadi santapan my big Bro...sebab my hubby tak suka kek, my big bro pulak dah lama request nak makan kek mango tu.. jadinya memang rezeki dia lah... Itulah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

To my hubby, saya tak marah pun masa awak telefon bagitau pasal kek tadi.. Sebenarnya saya lebih rasa bersalah.. tapi tak tau kenapa.. maybe awak takut saya marah awak... dengar suara awak yang cemas masa tel tadi buat saya rasa nak menangis.. bukan sebab kek tu rosak tapi suara awak yang rasa bersalah tu buatkan saya jadi sedih.. maafkan saya ye....


Ni Sha kongsikan gambar mango cake yang rosak tu.. hahahaha... semoga menjadi ingatan kepada kita semua.. Kalau dah dijanjikan itu rezeki kita, ia tak kan kemana....

Ini kek yang jatuh tadi....


Castle cake For My Beloved Nephew

Assalamualaikum w.b.t...


Hari ini Sha nak kongsikan dengan anda semua Castle cake untuk anak sedara kesayangan Sha. Dah banyak hari dia asyik mintak kek istana untuk hari lahir dia. Hari-hari ulang benda yang sama ja.. Hahahaha... So akhirnya sha berjaya juga menyiapkan kek istana untuk dia. Walaupun sukar tapi untuk tak menghampakan anak sedara Sha so Sha sedaya upaya berusaha untuk menyiapkan kek tersebut.


Nama anak saudara Sha Afea Nazeeha... hihi.. Bagi Sha dia anak sedara yang comel... hahahaha... So Sha akan kongsikan juga gambar-gambar sempena hari lahir dia yang kami sambut petang tadi di rumah mak Sha.

Inilah anak saudara Sha yang Sha ceritakan tu.... Hihi


Chocolate moist (Castle theme)
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada hari ini..... Muaahhhhhh

Thursday, 9 March 2017

Kek Hari Lahir Versi Edible Images


Assalamualaikum... Hari ni Sha nak kongsikan dengan anda semua koleksi kek-kek hari jadi yang menggunakan edible images. Ada dua versi edible images, satu yang dan ready print yang kita boleh dapatkan di kedai-kedai menjual barangan bakeri kebiasaannya seperti images upin-ipin, robocar poli, Ana muslim dan gambar-gambar karton yang famous di TV.

Manakala satu lagi edible images yang Sha kena tempah contohnya edible images yang pelanggan sha request utk letak gambar sendiri atau gambar-gambar yang tidak di jual di kedai. Untuk edible images jenis ini Sha akan kenakan charga tambahan mengikut saiz edible images tersebut. Sha' s tak akan mark up harga untuk edible images itu. Sha hanya kenakan bayaran mengikut harga pembekal. Contohnya jika anda membeli kek Chocolate Indulgence saiz 9" dengan harga RM 70.00 daripada Sha, dan request untuk letak edible images gambar sendiri, linkungan harga dalam RM 15-RM18 mengikut saiz. Maknanya Sha kenakan charges sebanyak RM 85-RM 88 untuk kek tersebut.

Anda boleh lihat contoh-contoh kek hari lahir yang sha dah buat untuk tempahan sebelum ini yang menggunakan edible images.




RAINBOW CHEESE CAKE
RM 80

CHOCOLATE INDULGENT CAKE
SAIZ 9 INCI
RM 83

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
RM 83

CHOCOLATE CHEESE CAKE
RM 83

RAINBOW CHEESE CAKE
SAIZ 9 "
RM 70

Wednesday, 8 March 2017

Kek Perkahwinan & Kek Hantaran

Assalamualaikum... Selamat pagi semua.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi tuhan yang indah ini... Hari ni Sha's nak kongsikan kepada anda semua kek-kek hantaran dan perkahwinan yang pernah sha buat berdasarkan request dan pendapat daripada pelanggan. Anggaran harga untuk setiap biji kek bergantung kepada hiasan tambahan yang diletakkan semasa proses mendeco. Semua hiasan tambahan ini kebiasaanya adalah atas permintaan pelanggan. Tapi kalau first time sha dapat idea untuk buat sesuatu deco tu sha  tak kan kenakan charge tambahan kepada pelanggan sebab sha sendiri yang nak letak untuk nampakkan kelainan pada kek itu untuk kali pertama. Tujuannya adalah untuk sesi fotografi la kan.. So lepas tu baru sha mark up harga berdasarkan jenis hiasan. Sha tak kenakan charges tambahan untuk harga hiasan tu.. Memang sha ambik ikut harga beli saja. Sebabnya Sha jual kek bukan jual hiasannya.. Betul tak... Sha tak pasti bakers lain tetapkan harga berapa untuk harga kek mereka tp bagi sha, penetapan bergantung kepada kesukaran kek itu disiapkan... Semakin susah dan banyak hiasan yang perlu diletakkan maka semakin mahal kek itu.....

CHOCOLTE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 60 (Tidak termasuk kos penghantaran)

CHOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 70 (Tidak termasuk kos penghantaran)

ORANGE CAKE
SAIZ 11"
RM 90 (Tidak termasuk kos penghantaran)

CHOCOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 80 (Tidak termasuk kos penghantaran)

RED VELVET CAKE
SAIZ 9 "
RM 65 (Tidak termasuk kos penghantaran)

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
SAIZ 9"
RM 80 (Tidak termasuk kos penghantaran)

CHOCOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 60

CHOCOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 60


Ini kek perkahwinan 3 tingkat. Tingkat pertama atau bawah, customer request nak kek red velvet bersama cream cheese, berat kek ini dalam 3kg..Berat kan??.. Ukur lilit kek ni 11 inci...Of course lah sebab kek ni semua kek lembap.. memang berat . kalau sponge kek ringan jerk walaupun besar kan...

Untuk tingkat yang kedua @ tengah customer request untuk buat Victoria Sandwich cake.. saiznya 9 inci @ 2 kg beratnya. Manakala untuk tingkat terakhir @ tingkat ke 3 Sha buat Russian black & white cake saiz 7 Inci @ berat 1 kg. Dan alhamdullillah customer berpuas hati dengan design ni.. Dia request nak letak strawberi sebagai hiasan atas... di tepi nak letak bunga fondant... Tema marah putih... Harga untuk kek ni RM 300...


Kek Hantaran tunang (Russian Black & White)
SAIZ 9"
RM 65
Kek Hantaran tunang (Chocolate cheese cake)
SAIZ 9"
RM 65

Kek Hantaran perkahwinan ( Russian Black & White)
SAIZ 9"
RM 80
Cupcakes Hantaran Tunang (Chocolate Moist cake)
RM 3.00 (PER UNIT)

Kek Hantaran Perkahwinan ( Red velvet cake)😉👀❤❤
RM 3.00 (PER UNIT)


Russian Black & White
SAIZ 9"
RM 80
Ini kek Russian black & white versi Bunga rose merah menyala.. Hahaha... Harga kek ni RM 80 sahaja... Saiznya 9 inci atau 2 kg.. besar dan berat ok... boleh makan 15 orang tau....hihihi
Kkek Perkahwinan 2 tier ( tema Pink Putih)
SAIZ : BOTTOM 9"
TOP 7"
RM 150

Kek Perkahwinan (Chocolate moist cake) tema ungu
SAIZ : BOTTOM 9"
TOP 6"
RM 140