Search This Blog

Thursday, 23 March 2017

MAJLIS PERKAHWINAN TASNEEM & SHAKIRIN (19 MAC 2017)

Assalamualaikum wbt..

Disebabkan kesibukkan menguruskan majlis perkahwinan anak sedara Sha di Bachok, Kelantan.. tak sempat Sha nak update blog ni... Hari ni dah masuk pejabat semula tp mood masih dalam cuti ni..hahahaha... Anyway Sha nak kongsi dengan anda semua gambar-gambar wedding anak sedara Sha dan kek yang Sha buatkan untuk majlis tersebut... Jauh kek tu travel.. buat di kedah dan bawak ke kelantan .. Alhamdulillah kek tu sampai dalam keadaan selamat.... Risau jugak cair di tengah jalan....


Inilah gambar-gambar yang Sha dapat kongsikan dengan anda sepanjang majlis tersebut berlangsung....
Inilah anak sedara Sha yang kahwin hari tu... Sempat kami berselfie masa tunggu kakak dia pergi fotostat ic

ni kek yang Sha buat untuk majlis tersebut.. Chocolate moist 2 tier

Yang ni yang bahagian bottom

Ni semasa majlis bertandang

Ini gambar semasa majlis sebelah kami....

Ni gambar kenangan Sha bersama adik dan kakak... Sama kan muka kami...hahahaha

Usai akad nikah dan majlis penyerahan mas kahwin

Dalam kesibukkan majlis tu sampaikan Sha pun tak sempat nak bergambar dengan pasangan pengantin... Tapi nasib baiklah ada jugak gambar walaupun tak banyak... Apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Untuk pasangan pengantin Tasneem & Shakirin, Acu doakan anda berdua kekal bahagia hingga ke jannah.... Selamat melayari alam rumah tangga.... 

Wednesday, 15 March 2017

15 MAC 2017- CAKE COLLECTION

Assalamualaikum semua...


Hari ini Sha nak kongsikan kek-kek yang Sha dah siapkan semalam... Tak sempat nak update semalam so hari ini baru berkesempatan... Semalam hari yang sangat sibuk sebabnya dengan nak delivery kek, dengan nak siapkan kek yang suruh runner tolong hantarkan.,, nak siapkan last minute punya order lah... tak ambik mcm kesian... sebab dia cakap dia tak tahu nak cari kat mana kek yang boleh buat deco yang mcm dia nak... Nak beli kat kedai mahal sgt.. saiz 6" pun dah RM 60, biasalah kedai kek diaorang nak kena bayar overhead cost.. so nak tak nak memang kena jual dengan harga yang mcm tu lah kan.... Dan alhamdulillah itu semua rezeki untuk Sha.. Bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan kepada kita...

Ok, sekarang Sha akan kongsikan gambar kek sha, flavour, saiz dan harganya sekali.. Mana tau ada yang berminat untuk buat design yang sama mcm yang Sha dah buat untuk customer kesayangan Sha ni kan...


Russian Black & White Cake
Saiz 9 "
RM 65 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Chocolate moist cake
Saiz 9 "
RM 60 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Russian Black & White cake
Saiz 9 "
RM 90 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Sunday, 12 March 2017

Mango Cake

Hai....

  


Assalamualaikum..Bosannya hari ni sebabnya pejabat  sunyi jerk..... Ramai yang tak datang.. semua pakat bercuti.. Yelah dah lama tak spent time dengan family. Inilah masanya kan... Kalau tunggu cuti sekolah alamatnya memang tak pegi mana-mana lah... Bukan apa, dengan kesibukan orang ramai, jalan sesak.. itu bukan nak pergi release stress tapi sebenarnya menambahkan stress.. betul tak? so kalau nak pergi mana-mana, Sha lebih prefer pergi masa orang lain tak bercuti.. Sekurang2nya kita dapat menghayati percutian itu dengan aman dan tenteram tanpa stress sebab jalan on the way nak pergi tempat bercuti tu pun clear jerk kan..


Oklah, hari ni Sha nak kongsikan gambar-gambar kek mango yang Sha buat. Maklumlah cuti sekolah dah makin hampir.. mana lah tau ada lagi yang masih tercari-cari lagi menu untuk makan beradab ke, hantaran ke.. So just boleh pm Sha akan respon secepatnya.. Insyaallah Sha akan buat sebaik mungkin untuk majlis anda. Sebenarnya Sha tak sangka pulak kek ni mendapat sambutan yang hangat... hihi.. Asalnya Sha buat kek ni untuk bagi hadiah kepada pemandu di pejabat. Kebetulan hari jadi dia... So Sha berpeluang la nak cuba buat kek ni... Alhamdulillah tak sangka diaorang teruja pulak tengok kek mangga ni masa Sha post kat fb. Harganya pun sangatlah berpatutan... 


Anda boleh tengok gambar kek dan harga seperti di bawah.... 
MANGO CAKE
RM 50
SAIZ 9"


RM 50
SAIZ 9"
KEK NI CUSTOMER JUST NAK KRIM DI ATAS SHJ...
Inilah kek yang Sha buatkan untuk pemandu tu... Actually request daripada partner dia... So Sha buatkan lah untuk dia... 
   

Saturday, 11 March 2017

Tragedi Semasa Delivery Cake...

Assalamualaikum W. B.T


Hari ni rasa nak ketawa pun ada.. sedih pun ada.. tak sampai hati pun ada.. risau pun ada... tp alhamdulillah rezeki Allah itu jika sudah dijanjikan untuk kita ia tak kemana-mana... Sha nak cerita pagi tadi mintak tolong My hubby COD kan kek Mango kat umah customer. Sha panggil customer ni Kak Rina.... Kebetulan pulak customer ni customer tetap yang selalu beli kek dengan Sha. Kiranya tiap kali birthday anak dia mesti dia suruh sha buatkan kek.. Memang best dapat customer mcm ni..


Nak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi my mum dah kejutkan menantu kesayangan dia untuk hantar kek. Dia ingat my hubby terlajak tidur. Dia tak tau pun yang kek tu i dah pesan boleh ja delivery pukul berapa pun. So my hubby pun bangun.. siap-siap nak pegi COD kek. Kebetulan Sha dah ada di pejabat. My hubby pulak offday hari ni. Offday kami memamg tak sama.. Sha off sabtu dan dia off ahad. Malang kan kami... hahahaha... Duduk satu rumah pun malam je lah time kami berjumpa. Tu pun Sha sibuk jerk dengan tempahan. Nasib baik dapat suami yang sangat memahami... Walaupun dia tau Sha sibuk tp dia tetap curi masa untuk tolong kalau ada masa.

Ok, continue dengan story my hubby nak pegi hantar kek tu, tetiba dia tel sha.. dengan suara yang sedih,... dia bagitau kek yang dia nak hantar tu dah sengit benget sebabnya dia terpelecok semasa nak bawa kek tu masuk kereta. Kesian dia.. dengan suara yang cemas... dia tanya mcm mana nak buat kan... Tapi nasib baik lah customer ni dah selalu order dengan sha.. Sha pun tel lah Kak Rina tu nak bagitau pasal kek dia... Sha suruh husband whatapps gambar kek yang jatuh tu.. So Sha pun forward lah kat Kak Rina tu... Kak Rina nak ambik juga kek tu tapi Sha tak nak ambik duit, so dia kata kalau Sha tak nak ambik duit dia tak nak ambik kek tu.. tp Sha bagitau dia yang Sha akan gantikan kek tu dengan kek yang baru... Sha mintak maaf kat dia sebab dah buatkan dia tertunggu-tunggu dengan kek tu.... Alhamdulillah.. Kak Rina ni seorang yang sempoi, dia kata tak apa nak buat mcm mana.. masih belum rezeki.. so selasa baru Sha COD semula kek kat dia...

Alamatnya kek tu jadi santapan my big Bro...sebab my hubby tak suka kek, my big bro pulak dah lama request nak makan kek mango tu.. jadinya memang rezeki dia lah... Itulah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

To my hubby, saya tak marah pun masa awak telefon bagitau pasal kek tadi.. Sebenarnya saya lebih rasa bersalah.. tapi tak tau kenapa.. maybe awak takut saya marah awak... dengar suara awak yang cemas masa tel tadi buat saya rasa nak menangis.. bukan sebab kek tu rosak tapi suara awak yang rasa bersalah tu buatkan saya jadi sedih.. maafkan saya ye....


Ni Sha kongsikan gambar mango cake yang rosak tu.. hahahaha... semoga menjadi ingatan kepada kita semua.. Kalau dah dijanjikan itu rezeki kita, ia tak kan kemana....

Ini kek yang jatuh tadi....


Castle cake For My Beloved Nephew

Assalamualaikum w.b.t...


Hari ini Sha nak kongsikan dengan anda semua Castle cake untuk anak sedara kesayangan Sha. Dah banyak hari dia asyik mintak kek istana untuk hari lahir dia. Hari-hari ulang benda yang sama ja.. Hahahaha... So akhirnya sha berjaya juga menyiapkan kek istana untuk dia. Walaupun sukar tapi untuk tak menghampakan anak sedara Sha so Sha sedaya upaya berusaha untuk menyiapkan kek tersebut.


Nama anak saudara Sha Afea Nazeeha... hihi.. Bagi Sha dia anak sedara yang comel... hahahaha... So Sha akan kongsikan juga gambar-gambar sempena hari lahir dia yang kami sambut petang tadi di rumah mak Sha.

Inilah anak saudara Sha yang Sha ceritakan tu.... Hihi


Chocolate moist (Castle theme)
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada hari ini..... Muaahhhhhh

Thursday, 9 March 2017

Kek Hari Lahir Versi Edible Images


Assalamualaikum... Hari ni Sha nak kongsikan dengan anda semua koleksi kek-kek hari jadi yang menggunakan edible images. Ada dua versi edible images, satu yang dan ready print yang kita boleh dapatkan di kedai-kedai menjual barangan bakeri kebiasaannya seperti images upin-ipin, robocar poli, Ana muslim dan gambar-gambar karton yang famous di TV.

Manakala satu lagi edible images yang Sha kena tempah contohnya edible images yang pelanggan sha request utk letak gambar sendiri atau gambar-gambar yang tidak di jual di kedai. Untuk edible images jenis ini Sha akan kenakan charga tambahan mengikut saiz edible images tersebut. Sha' s tak akan mark up harga untuk edible images itu. Sha hanya kenakan bayaran mengikut harga pembekal. Contohnya jika anda membeli kek Chocolate Indulgence saiz 9" dengan harga RM 70.00 daripada Sha, dan request untuk letak edible images gambar sendiri, linkungan harga dalam RM 15-RM18 mengikut saiz. Maknanya Sha kenakan charges sebanyak RM 85-RM 88 untuk kek tersebut.

Anda boleh lihat contoh-contoh kek hari lahir yang sha dah buat untuk tempahan sebelum ini yang menggunakan edible images.




RAINBOW CHEESE CAKE
RM 80

CHOCOLATE INDULGENT CAKE
SAIZ 9 INCI
RM 83

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
RM 83

CHOCOLATE CHEESE CAKE
RM 83

RAINBOW CHEESE CAKE
SAIZ 9 "
RM 70

Wednesday, 8 March 2017

Kek Perkahwinan & Kek Hantaran

Assalamualaikum... Selamat pagi semua.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi tuhan yang indah ini... Hari ni Sha's nak kongsikan kepada anda semua kek-kek hantaran dan perkahwinan yang pernah sha buat berdasarkan request dan pendapat daripada pelanggan. Anggaran harga untuk setiap biji kek bergantung kepada hiasan tambahan yang diletakkan semasa proses mendeco. Semua hiasan tambahan ini kebiasaanya adalah atas permintaan pelanggan. Tapi kalau first time sha dapat idea untuk buat sesuatu deco tu sha  tak kan kenakan charge tambahan kepada pelanggan sebab sha sendiri yang nak letak untuk nampakkan kelainan pada kek itu untuk kali pertama. Tujuannya adalah untuk sesi fotografi la kan.. So lepas tu baru sha mark up harga berdasarkan jenis hiasan. Sha tak kenakan charges tambahan untuk harga hiasan tu.. Memang sha ambik ikut harga beli saja. Sebabnya Sha jual kek bukan jual hiasannya.. Betul tak... Sha tak pasti bakers lain tetapkan harga berapa untuk harga kek mereka tp bagi sha, penetapan bergantung kepada kesukaran kek itu disiapkan... Semakin susah dan banyak hiasan yang perlu diletakkan maka semakin mahal kek itu.....

CHOCOLTE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 60 (Tidak termasuk kos penghantaran)

CHOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 70 (Tidak termasuk kos penghantaran)

ORANGE CAKE
SAIZ 11"
RM 90 (Tidak termasuk kos penghantaran)

CHOCOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 80 (Tidak termasuk kos penghantaran)

RED VELVET CAKE
SAIZ 9 "
RM 65 (Tidak termasuk kos penghantaran)

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
SAIZ 9"
RM 80 (Tidak termasuk kos penghantaran)

CHOCOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 60

CHOCOLATE MOIST CAKE
SAIZ 9"
RM 60


Ini kek perkahwinan 3 tingkat. Tingkat pertama atau bawah, customer request nak kek red velvet bersama cream cheese, berat kek ini dalam 3kg..Berat kan??.. Ukur lilit kek ni 11 inci...Of course lah sebab kek ni semua kek lembap.. memang berat . kalau sponge kek ringan jerk walaupun besar kan...

Untuk tingkat yang kedua @ tengah customer request untuk buat Victoria Sandwich cake.. saiznya 9 inci @ 2 kg beratnya. Manakala untuk tingkat terakhir @ tingkat ke 3 Sha buat Russian black & white cake saiz 7 Inci @ berat 1 kg. Dan alhamdullillah customer berpuas hati dengan design ni.. Dia request nak letak strawberi sebagai hiasan atas... di tepi nak letak bunga fondant... Tema marah putih... Harga untuk kek ni RM 300...


Kek Hantaran tunang (Russian Black & White)
SAIZ 9"
RM 65
Kek Hantaran tunang (Chocolate cheese cake)
SAIZ 9"
RM 65

Kek Hantaran perkahwinan ( Russian Black & White)
SAIZ 9"
RM 80
Cupcakes Hantaran Tunang (Chocolate Moist cake)
RM 3.00 (PER UNIT)

Kek Hantaran Perkahwinan ( Red velvet cake)😉👀❤❤
RM 3.00 (PER UNIT)


Russian Black & White
SAIZ 9"
RM 80
Ini kek Russian black & white versi Bunga rose merah menyala.. Hahaha... Harga kek ni RM 80 sahaja... Saiznya 9 inci atau 2 kg.. besar dan berat ok... boleh makan 15 orang tau....hihihi
Kkek Perkahwinan 2 tier ( tema Pink Putih)
SAIZ : BOTTOM 9"
TOP 7"
RM 150

Kek Perkahwinan (Chocolate moist cake) tema ungu
SAIZ : BOTTOM 9"
TOP 6"
RM 140


 

Monday, 6 March 2017

Kek Barbie & Frozen

Assalamualaikum .... Hari Sha nak kongsikan dengan anda semua kek-kek patung yang pernah kak sha buat untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kak sha.... Mula2 dulu sha tak pernah terfikir pun boleh buat kek-kek patung ni... Tapi bila tgk ramai yang viralkan kek-kek mcm tu.. so ada keinginan untuk mencuba. Jadinya Sha pun sarch lah kat youtube.. Rupanya banyak kaedah-kaedah yang digunakan untuk buat kek patung.. Ada yang guna fondant, buttercream, creamcheese dan sebagainya. Dari situ lah Sha belajar untuk membentuk skirt, pakaikan baju doll tu.. Mula2 rasa mcm susah jugak lah sebab tak pernah cuba kan.. Lagipun nak mencantum kek2 tu pun satu hal jugak lah kan.. Tapi akhirnya berjaya jugak Sha buat kek  tu...

Boleh tengok contoh-contoh dibawah design kek patung dar Sha... Ni gambar mula2 belajar buat kek ni dulu... Nampak belum kemas lagi. Jadinya berdasarkan gambar ini lah Sha belajar kekemasan semasa menghias kek.

RED VELVET CAKE WITH CREAMCHEESE
RM 70
Kek ini request by Housemate.. Untuk hari lahir anak sedara dia... Kat dalam red velvet dan creamcheese...Tema pink purple dan nak patungnya bertudung.. Yang tu yg complicated sikit sebab Kak sha nak kena pendekkan dulu rambut patung tu yang kebanyakkan didatangkan dengan rambut panjang. Ia adalah untuk memudahkan sha pakaikan anak tudung dan tudung untuk patung tu. Untuk bahagian gown bawah sha guna buttercream...

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
RM 70
Kenangan untuk buat kek ni mmg sweet sgt.. Order by my customer yang last minute bgtau nak order kek sebab Mak dia dah jemput orang untuk buat kenduri sempenan Hari Lahir cucunya iaitu anak kepada customer ni... Mula2 sha dah x nak ambik takut tak sempat sebab pada masa yang sama sha ada kek lain yang perlu disiapkan... Nak dijadikan cerita selepas sha cakap sha x leh nak fullfill this order,... tetiba ada sorang customer yang dah booking untuk ambik kek pada date yang sama nak cancel sebab ada emergency... Sha terus whatapps customer yang sha dah reject td tu.. bgtau dia yang sha boleh buatkan kek untuk dia sebab ada kosong lagi kan... Dia punya seronok hanya tuhan saja yang tahu... Esoknya tu pagi-pagi sha otw pegi keja... COD kek kat dia dulu ... masa tgk kek tu dia punya happy...Seronok dapat customer mcm tu... hihi... Jom tgk feedback drp customer ni...

Chocolate indulgence cake (elsa theme)
SAIZ 9"
RM 83

Feedback customer

Sunday, 5 March 2017

Kenangan Hari Guru SMKKP 2016

 Selamat Hari Guru warga SMKKP... Rindunya zaman sekolah dulu..SMKKP di hatiku.. cewahhh.... Untuk ubatkan kerinduan tu kak sha cuba untuk meluangkan masa menyiapkan kek ini sempena Hari Guru Tahun 2016...Edible images logo sekolah... Kek red velvet with creamcheese... Alhamdulillah semua warga SMKKP dapat merasa kek ni diaorang cakap mmg sedap...
Inilah Kak Sha bersama dengan guru kesayangan kak sha.. Cikgu Patimah Khairuddin.. Walaupun dia tak pernah mengajar kak sha di kelas namun hubungan kami erat dan rapat disebabkan aktiviti KRS di sekolah....Tiada apa yang lebih happy apabila kita dapat beradi di tempat yang sangat dirindui dan berjumpa dengan insan-insan kesayangan,.... walaupun time ni hari bekerja namun kak sha korbankan untuk masuk lambat sikit semata-mata untuk celebrate teachers day dengan insan kesayangan...

Kek Pikachu Comel

Hai,....

Masih lagi belajar untuk edit blog.. Ni satu ilmu baru yang mmg tak terfikir sha nak buat... Hahaha... Nasib baik lah ada ciksu... Dapatlah jugak godeh2 blog ni.. Nak update gambar pun belum berkesempatan lagi...  Sha nak kongsikan dengan anda semua gambar-gambar kenangan dulu2.. Tapi keadaan masih tak mengizinkan... Terpaksa belajar bagi pandai dulu berkenaan dengan ilmu blogger ni baru lah boleh upload gambar-gambar cantik daripada Sha's Sugarcraft... Adoilah Ciksu.. awat yang blog ni jadi mcm ni...hihi... Sabar.. sabar.....


Kat sini  Sha's nak kongsikan jugak gambar-gambar kek yang latest sha buat untuk customer tersayang... Risau jugak kalau tak memuaskan hati mereka...


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
SAIZ 9"
RM 70
Alkisahnya.. Kek ni request by my schoolmate... Tak pernah berborak pun dengan dia masa sekolah dulu.. dan  Sha pun tak pernah tau yang dia ni friend Sha di Fb.. Maybe sebab dia silent reader sebab tu tak perasan... Tetiba dia whatapps  Sha nak order kek coklat indulgence... Nak tema Pikachu sebab anak dia minat sangat dengan pokemon... Akhirnya terjadilah rekaan Pikachu ni... Dan alhamdulillah beliau sangat berpuas hati dengan dekorasi dan rasa kek Chocolate Indulgence ni... Saiz kek ni 9 inci dengan ketinggian 4".. Berat kek ni 2 KG dengan harga RM 70 sahaja... Murah kan....hihi...


Next time Sha akan kongsikan gambar-gambar lain pulak. Masih mengedit gambar lagi ni... Belum boleh upload gambar yang cantik. Sebabnya dengan nak fullfill order.. dengan kerja... so masa tu kena atur dengan betul baru boleh ada masa untuk kongsikan dengan anda semua. Nantikan entry Sha yang selanjutnya nanti....

Thursday, 2 March 2017

Sha's Sugarcraft

Assalamualaikum W.b.t

Salam perkenalan daripada Kak Sha's untuk semua pembaca. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah S.W.T. Ni first time Sha's cuba untuk create blog sendiri.. Suka2.. Dah lama tak menulis tetiba datang mood untuk menulis... Actually  Sha's ni menjual kek homemade.. Tp order kek ini just akak ambil jika ada kelapangan sebabnya  sha's ni masih bekerja dengan orang.. Tp disebabkan minat yang mendalam di dalam bidang bakery & Confectionery ni so  Sha's cuba untuk berjinak2 menjalankan perniagaan atas talian. Alhamdulillah tak sangka pulak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan kak sha's.. Terharu sangat rasanya... Hihihi...

Bidang ini bukanlah satu bidang yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan ketelitian dan daya kreatif yang tinggi untuk mendekorasi kek-kek supaya dapat memuaskan hati pelanggan. Namun disebabkan minat dan sokongan daripada My BFF Ciksu dan keluarga maka semangat untuk meneruskan usaha ini akhirnya membuahkan hasil... Thank Sayang... Kata-kata semangat daripada mereka menyebabkan  Sha rasa perniagaan ini perlu diteruskan.

 Sha cuba untuk mempelbagaikan produk kak sha yang dahulunya hanya sekadar untuk suka2. Bagi kawan-kawan rasa, kawan2 kakak  sha rasa... Dioarang cakap sedap dan mereka nak buat tempahan... jadinya  sha pun ambik lah tempahan tu... Lepas upload kat FB ada jugak kawan  sha sendiri yang support business ini.. Kini genap 1 tahun  sha register business di SSM dan Alhamdulillah memang sangat2 berbaloi..

Untuk pengetahuan semua,  sha merupakan bekas pelajar Diploma pengurusan hotel dan katering daripada Politeknik Merlimau dan kemudian melanjutkan pelajaran di UUM dalam bidang Pengurusan Hospitaliti. Mungkin disebabkan ambil course yang related dengan bakery so ia merupakan titik tolak untuk  Sha mula minat untuk ada perniagaan sendiri.

Untuk next entry,  sha akan share dengan anda semua gambar-gambar kenangan semasa  Sha mula minat untuk meceburi bidang bakery & confectionery ini...


Bye....